Selalunya kita selalu membaca dan diberitahu khasiat dan faedah susu ibu ini untuk si ibu dan si anak sahaja, tetapi jarang diberitahu kebaikannya untuk kaum bapa.
Khasiat & Faedah untuk ibu :
- Senang untuk berjalan ke mana-mana, tidak perlu bawak set bakul susu. Pernah kita dengar wanita komplen tertinggal payudara?
- Si bapa x perlu kena suruh bangun tengah malam bancuh susu. Hehe.
- Badan lebih mudah kembali langsing tanpa perlu masuk program pelangsingan badan.
- Payudara jadi lebih seksi. Wow! Memang tak perlu letak silikon, sapu ubat dan sebagainya.
- Dapat “bercuti” secara semulajadi dari proses kehamilan seterusnya, maklumlah, kaum bapa ni … bukan boleh puasa lama sangat.
- Mengurangkan risiko kanser.
Khasiat & Faedah untuk anak:
- Susu awal (kolustrum) ibu adalah sumber antibodi terbaik untuk anak manusia dan bukan susu awal lembu yang sepatutnya diminum oleh anak lembu.
- Anak lebih sihat sebab susu ibu bersih dari bakteria merbahaya.
- Anak kita lebih sihat sebab susu ibu sendiri lebih lengkap untuk keperluan si anak dari susu ibu lembu, susu ibu kambing, susu ibu kuda.
- Sekiranya bayi menghidap demam kuning, sakit kuningnya akan lebih cepat sembuh.
- Bayi jarang kembung sebab dia minum mengikut keperluan susu yang secukupnya. Kita perlu tahu perut bayi hanya sebesar guli pada hari pertama dia lahir.
- Anak lebih pandai.
- Dan sudah tentu lah, kasih sayang antara ibu dan anak terjalin lebih erat berbanding kasih sayang yang bibik / pembantu di rumah berikan kepada si anak sewaktu ibu dan bapa pergi kerja.
Kesian kaum bapa. Apa yang kaum bapa dapat ?
Kaum bapa seharusnya sama-sama ke hadapan untuk menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif terhadap semua anak-anak kerana kita dapat menjimatkan banyak wang. Kita menjimatkan lebih banyak wang dan seterusnya merancang kewangan dengan lebih efektif apabila isteri kita menyusukan anak secara eksklusif.
Penjimatan # 1 Kos susu tepung
Barangkali dalam seminggu kos susu anak mencecah RM 50 seminggu, maka penjimatan setiap bulan adalah sebanyak RM 200. Ada di antara anak kita pula mempunyai alahan tertentu dan hanya boleh minum susu mahal sahaja.Cuba kira berapa kos membeli susu untuk anak-anak dalam sebulan?
Penjimatan # 2 Anak Lebih Sihat
Khasiat semulajadi susu ibu yang Allah swt beri ini menjadikan anak kita lebih sihat kerana mendapat antibodi yang paling sesuai. Ini secara tidak langsung menjimatkan bakal perbelanjaan keluar dan masuk klinik setiap bulan. Anak-anak pun tidak memerlukan makanan tambahan seawal usia sebegini.
Cuba kita kira penjimatan dari ‘lawatan ke klinik’, pembelian ubat dan vitamin, krim alahan dan seterusnya.
Penjimatan # 3 Isteri Lebih Cun tanpa Perlu ke Slimming Class
Sudah tentu kita tidak perlu bagi subsidi atau separa subsidi kepada isteri kita yang mahu menyertai kelas-kelas senaman dan program melangsingkan badan selepas bersalin kerana penyusuan susu ibu sahaja menghabiskan kira-kira 500 kalori sehari. Bapa-bapa kena ingat, kalau kita tak beri subsidi maka apabila isteri sudah tidak ngetop, kita janganlah pula tahu komen pula. (Kaum ibu sokong tak ?)
Cuba kira berapa kos yang telah dijimatkan?
Meningkatkan Kualiti Hidup Keluarga
Setelah berjaya menjimatkan wang dari perbelanjaan di atas, maka duit tersebut bukanlah dijadikan modal berseronok pula. Berikut adalah perkara berfaedah yang bapa perlu buat:
1. Berterima kasih kepada isteri
Berdasarkan ayat Quran dari Surah Baqarah, ayat 233 yang bermaksud:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan
anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya …"
Seterusnya duit-duit yang berjaya dijimatkan itu tadi dapat digunakan untuk tabungan si kecil. Sekiranya kita berjaya menjimatkan RM 200 sebulan untuk tempoh 12 bulan misalnya maka anak kecil kita sudah mempunyai simpanan sebanyak RM 2,400 dalam akaun mereka.
3. Simpan Simpan dan Simpan
Selain dari itu hasil penjimatan itu dapat kita gunakan dalam simpanan kita sedia ada sehinggalah simpanan itu cukup untuk kita mulakan pelaburan secara serius.
Sokongan Kepada Penyusuan Susu Ibu
Sebagai bapa, kita kena tahu memberikan sokongan kepada ibu-ibu dalam hal ini. Masyarakat kita seolah-olah diajar susu lembu lebih baik dari susu ibu untuk anak-anak kecil. Sedangkan semua pihak dalam keluarga mendapat manfaat hasil dari amalan penyusuan susu ibu ini.
Maka marilah kita kembali kepada apa yang disarankan dalam al-Quran dan Nabi saw sendiri walaupun datuknya punya cukup duit untuk membeli unta dan kambing, Baginda tetap mempunyai keluarga susuan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan